Tuesday, January 25, 2011

sAhAbAt a t a u sEbALiKnyA....


Sahabat...
Kita berkawan atas nama keikhlasan
Atas landasan kejujuran
Atas kasih dan kesetiaan
Dan kepercayaan seorang insan


Kekasih
Tersemai kerana satu janji setia
Berlandaskan kesatuan hati
Bercinta kerana lahirnya sayang xbertepi
Dan ingin bersama sehidup semati


Sahabat
Tawanya bukan kepuraan
Sedihnya bukan menunjuk2
Bimbangnya kerna hati terasa bersama
Risaunye kerna kasihnya abadi


Kekasih..
Terkadang perilaku dijaga
Tawa penuh kepalsuan
Jaganya hati kerana kasih seorang kekasih
Namun hati sendiri merana tiada siapa peduli


Dan Sahabat...
Dijadikan tempat luahan
Semua kesedihan dan kegembiraan menjadi satu
Di situ tempat yang tenang
Dialah yang memberikan kekuatan
Untuk sahabatnye tegar dlm kehidupan


Kekasih...
Ada masenye hati menjauh
Ada ketikanya penuh prasangka
Ada kalanya ingin dibelai & dimanja
Dan sememangnye perlu dijaga
Bak luka yang semakin parah utk diubati
Perlu perawatan yang amat rapi


Sahabat....
Selagi namanya sahabat
Silapmu dimaafkan
Rajukmu dihiburkan dengan tawanya
Sakitmu dirawat dengan penuh keikhlasan
Kenanganmu adelah ssuatu yang paling berharga


Kekasih...
Bila suka bukan main di jaga
Bak isi dan kuku
Bila benci, tiada ruang di hati
Seumpama tidak pernah dikenali
Hilang sudah satu persahabatan
Kerna dia bukan lagi sang kekasih..


Sahabat...
Sekali bergaduh pasti gelisah
Berjalan hilang tujuan
Termenung tiada bayangan
Kerna dialah sahabat
Susah senang pasti terikat


Antara SAHABAT & KEKASIH..
Kedua2nya amat bermakna
Tapi Sahabat sekali bergaduh kembali semula
Kekasih.....??? fikir2kanlah
Sebelum kamu kehilangan Sahabat yang setia..
Hargai Sahabat anda selagi jasadnya di sisi



'' jawapan''

No comments:

Post a Comment